Novel The Satanic Verses Salman Rushdie

Novel The Satanic Verses mengundang kontroversi pada September 1988 kerana menghina Nabi Muhammad. Tajuk novel ini dimaksudkan Al-Quran dan hadis nabi sebagai surah syaitan. Salman menuduh semua itu adalah hasil ciptaan nabi Muhamad belaka yang disandarkan kepada malaikat Jibrail. Lantas buku ini telah difatwakan haram di seluruh negara Islam.

Pada 14 Februari 1989, fatwa hukum bunuh ke atas Salman Rushdie disiarkan melalui Radio Tehran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini. Pada 7 Mac 1989, hubungan diplomatik antara Iran dan United Kingdom diputuskan. Hubungan diplomatik dipulihkan pada 24 September 1998 semasa Presiden Iran,Mohammad Khatami.

Salman Rushdie masih menerima surat / kad Valentine setiap 14 Februari yang merujuk beliau masih diancam bunuh oleh rakyat Iran.

Salman mendakwa dirinya seorang Islam tapi dianggap murtad oleh seluruh umat Islam kerana telah menghina Nabi Muhammad. Novelnya banyak mengkritik peranan agama dalam masyarakat dan konflik antara yang benar dan tidak benar.